Selamat Datang ke Laman Web Rasmi
Askar Timbalan Setia Negeri Johor

Menjadi Pasukan Istiadat Negeri Johor serta menyediakan khidmat sokongan dalam pengurusan Istana-Istana Johor dan aktiviti-aktiviti Diraja serta keselamatannya demi keselesaan DYMM Sultan Johor dan DYAM Tunku Mahkota Johor serta tetamu-tetamu Diraja secara profesional, cekap dan berkesan
Berita

ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR
Memelihara kedaulatan, keselamatan dan kepentingan hak Istiadat-istiadat DYMM Sultan Johor.
Latihan
Anggota-anggota Askar Timbalan Setia Negeri Johor juga mempunyai ramai yang berkebolehan menembak. Banyak pertandingan menembak anjuran Angkatan Tentera Malaysia yang disertai oleh penembak pasukan ini.
MAJLIS ISTIADAT KEPUTERAAN DYMM SULTAN IBRAHIM YANG KE-65
Sebuah pasukan yang bertanggungjawab
terhadap semua istiadat diraja
Istiadat
Dalam sejarah kesultanan Johor Sultan Abu Bakar menyambut Hari Kerajaan iaitu ulangtahun hari Baginda menaiki takhta kerajaan. Kali terakhir Baginda menyambutnya adalah di Istana Tanjong, MFungsi ATSNJ terhad kepada hal istiadat diraja Johor. Tugas utama ATSNJ adalah untuk menjaga keselamatan dan keselesaan DYMM Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Johor, Kerabat-kerabat Damping serta tetamu diraja.Tugas-tugas lain ATSNJ ialah mengawal kesemua empat istana Raja, memberi khidmat sokongan berkaitan pengurusan istana dan mengendalikan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak istana.uar dalam tahun 1895.

ISTIADAT KEMAHKOTAAN
Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor Kelima dalam era Johor moden selamat dilaksanakan pada 23 Mac 2015. Istiadat ini merupakan kesinambungan tradisi diraja Johor yang bermula dengan kemahkotaan Sultan Abu Bakar pada 29 July 1886, di ikuti kemahkotaan Sultan Ibrahim pada tahun 1895 dan Sultan Ismail pada 10 February 1960.
Sultan Abu Bakar menaiki takhta pada tahun 1862 dan dimahkotakan 24 tahun kemudian. Ini membawa erti istiadat kemahkotaan Sultan Johor adalah satu tradisi warisan dan bukan berdasarkan kehendak undang-undang. Walaubagimanapun kemahkotaan mengesahkan perlantikan dan memperkasakan kedaulatan Sultan. Fasal 4 Bahagian Kelima Lembaga Aturan Bagi Perintahan Majlis Raja, Majlis Istana dan Agama tahun 1922 memperuntukkan kemahkotaan boleh diadakan pada bila-bila masa mengikut budi bicara dan kehendak Sultan Johor selepas dimasyurkan sebagai Raja.











