Tahukah Anda?
Tahukah Anda?
Askar Timbalan Setia Negeri Johor telah mencapai beberapa kejayaan dan kecemerlangan semenjak penubuhan nya pada tahun 1886. Terdapat beberapa kejayaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan ATSNJ yang munkin tidak diketahui umum.
Tahu kah anda ATSNJ dan perkara-perkara berkaitan dengan nya merupakan sejarah yang dijadikan kenangan abadi?
- Tahukah anda British mengiktiraf Johor sebagai negeri yang merdeka?
Dalam mukadimah Perjanjian Setia Kerajaan 11 Disember 1885 yang dimetrai antara kerajaan British dengan Sultan Abu Bakar British mengaku dan mengiktiraf Negeri Johor sebagai negeri berdaulat dan merdeka, tidak pernah ditakluk atau dijajah oleh mana-mana kuasa lain. Kerajaan Johor beresetuju menerima Penasihat Am British hanya pada tahun 1910.
(Rujukan: Perjanjian Setia Kerajaan Johor)
- Tahukah anda ATSNJ adalah pasukan tentera yang pertama dan tertua ditubuhkan di Tanah Melayu?
ATSNJ ditubuhkan pada tahun 1886 dianggotai orang Melayu. Sebagai bandingan Negeri-negeri Bersekutu menubuhkan pasukan polis “The Malay States Guides” dan “ The Perak Lancers” dalam tahun 1896. Pasukan-pasukan ini dianggotai kebanyakan nya dari kaum Sikh. Kedua-dua pasukan ini dibubarkan semasa Peperangan Dunia Pertama pada tahun 1914. Regimen Askar Melayu ditubuhkan pada 1 Mach1933 walaupun FMS mula mencadangkan penubuhan nya pada 4 Julai 1913.
(Rujukan: J.M. Gullit “Rulers and Residents Influence and Power in the Malay States 1870-1920”, Yahya Ahmad “JMF dan Kolonel Komandan Sultan Ibrahim”)
- Tahukah anda Bukit Timbalan pernah diberi nama Bukit Bendera atau Bukit Temenggong?
Nama Bukit Temenggong/Bukit Bendera diberi sempena Temenggong Daeng Ibrahim mengibarkan bendera Johor melambangkan ketuanan negeri selepas mendarat di Tanjong Puteri pada tahun 1855. Apabila Pasukan Setia (Pasukan Polis) ditempatkan disitu bukit ini diberi nama Bukit Polis. Setelah beberapa berek dibina pada tahun 1888 bukit itu dinamakan Bukit Timbalan hingga kini. Sultan Ibrahim membina ibu pejabat ATSNJ diberi nama “The Fort” di bukit ini.
(Rujukan: Dato’ Hj. Mohd. Said “Hikayat Johor Yang Kedua”, Abdul Rahim Ramli “Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor”)
- Adakah anda tahu ATSNJ pernah memakai songkok warna merah?
ATSNJ mengekalkan ciri Melayu dengan menukarkan topi polis setelah berpisah dari pasukan polis dalam tahun 1888. Songkok ini digunakan sehingga Sultan Abu Bakar mengilhamkan topi khas bagi ATSNJ.
(Rujukan: Yahya Ahmad “JMF dan Kolonel Comandan Sultan Ibrahim”)
- Adakah anda tahu kebijksanaan Sultan Abu Bakar mereka topi khas ATSNJ?
Sultan Abu Bakar mengilhamkan rekaan topi ATSNJ begitu rupa supaya bolih dipakai semasa bersolat oleh kerana dahi pemakai mencecah sejadah.
(Rujukan: Abdul Rahim Ramli “Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor”)
- Tahukah anda rekabentuk topi ATSNJ digunapakai dan dijadikan sebagai topi istiadat Menteri Besar dan pegawai-pegawai Johor?
Sultan Ibrahim mengubah jata ATSNJ pada topi dan digantikan dengan jata Kerajaan Negeri. Topi yang sama bentuknya dijadikan sebahagian pakaian istiadat rasmi Menteri Besar dan pegawai tinggi Kerajaan Johor.
- Tahukah anda rekabentuk bangunan Persada Johor adalah berdasarkan topi ATSNJ?
Pada tahun 2002 kerajaan Negeri Johor telah mengambil balik kawasan barek ATSNJ di Jalan Salim untuk membangunkan sebuah dewan persidangan antarabangsa yang diberi nama Persada Johor. Reka bentuk bangunan itu mirip kepada topi ATSNJ, justeru mengekalkan sejarah kawasan tersebut.
(Rujukan: Abdul Rahim Ramli “Adat Istiadat DiRaja Johor Moden”)
- Adakah anda tahu Sultan Ibrahim amat gemar dan taat kepada ATSNJ?
Tunku Mahkota Tunku Ibrahim Iskandar ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tahun 1890 ketika baginda berusia 17 tahun dan dilantik sebagai Juruiring kepada Sultan Abu Bakar. Sejak menjadi Kolonel Komandan pada tahun 1895 Baginda gemar memakai uniform jawatan yang secara tidak langsung memartabatkan ATSNJ dan melambangkan kedaulatan Johor. Dalam tahun 1910 Baginda memberikan sebahagian gaji bulanan sebanyak $5000 sepanjang tahun untuk kegunaan ATSNJ. Beberapa tahun kemudian jumlah ini ditambah kepada $10,000 sebulan.
(Rujukan: Yahya Ahmad)
- Tahukah anda sebuah kubu “Fort Tanjong” dibangunkan di Muar?
Satu kumpulan 120 pegawai dan anggota ATSNJ termasuk 12 anggota Afghan dari pasukan meriam ditempatkan di garrison Muar yang diberi nama Fort Tanjong pada tahun 1888 untuk memberi perlindungan keselamatan Jajahan Muar serta mengawal Istana Tanjong yang dibina disitu. Jalan menuju ke Fort Tanjong diberi nama di Jalan Timbalan.
(Rujukan: Abdul Malek Munip “Bandar Maharani dan Daerah Muar 1884-1920”)
- Adakah anda tahu sekolah Inggeris yang pertama di Muar ditubuhkan pada tahun 1890?
Sultan Abu Bakar berhasrat memberi kemudahan pelajaran Inggeris kepada rakyat baginda bagi menentukan masa depan yang terjamin. Sebuah sekolah Inggeris ditubuh dan ditempatkan di Fort Tanjong pada tahun 1890. Mulai tahun 1903 sekolah ini berpindah beberapa kali apabila bilangan murid bertambah dan pada tahun 1913 sekolah ini berpindah ke tapak sedia ada di Jalan Meriam dan dinamakan Sekolah Tinggi Muar.
(Rujukan: Abdul Malek Munip “Bandar Maharani dan Daerah Muar 1884-1920”)
- Adakah anda tahu tujuan penubuhan “Pasukan Volantera Johor”?
Pada tahun 1905 Sultan Ibrahim menubuhkan sebuah pasukan volantera yang pada mulanya dikenal sebagai “Johor Volunteer Infantri” dan kemudian nya “Johor Vounteer Forces (JVF)”. Tujuan penubuhan nya adalah untuk menjadikan pasukan ini badan melatih rakyat Melayu Johor sebagai pegawai tadbir kerajaan. Selain itu JVF ditubuhkan bagi memudahkan pertukaran antara ATSNJ dengan JVF memandangkan pegawai yang mempunyai latihan ketenteraan lebih berdisiplin dan boleh menambah kewibawaan.
(Rujukan: J.M. Gullit “Rulers and Residents, Influence and Power of the Malay States 1870-1920)
- Tahukah anda Pasukan JVF menerima panji-panji pada tahun 1935?
Pasukan JVF mengambil bahagian bersama ATSNJ dalam perayaan sambutan hari keputeraan King Edward di Singapura. Dikatakan juga anggota JVF standing dengan anggota ATSNJ dalam menembak sasaran. Pasukan ini berkembang ke daerah Mersing, Segamat dan Pontian. Pasukan ini mempertahankan Ibu Pejabat ATSNJ semasa Peperangan Dunia Pertama apabila ATSNJ dikerah mempertahankan Singapura. Pada 7 September 1935 DYMM Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan panji panji kepada pasukan JVF dalam satu istiadat dihadiri antara lain Sultanah Helen, Tunku Mahkota Tunku Ismail dan Menteri Besar Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid.
(Rujukan: Dato’ Hj.Mohd. Said)
- Tahukah anda uniform istiadat termasuk pedang Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor (PTNJ) dipadankan dari uniform istiadat JVF?
Berdasarkan strategi Sultan Ibrahim pegawai tadbir negeri boleh diserap dan diberi latihan tentera dibawah JVF. Begitu juga pegawai JVF bolih diserapkan kepada jawatan tadbir negeri. Pada asalnya uniform istiadat serba putih dan topi serta pedang JVF dijadikan pakaian istiadat pegawai tadbir negeri. Jata JVF pada topi ditukar kepada jata kerajaan. Pada tahun 1964 topi ditukar dengan songkok hitam tetapi jata kerajaan dikekalkan. Uniform serba putih ditukar kepada tunic putih dan seluar biru. Dengan itu Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor merupakan satu-satunya institusi perkhidmatan awam di Malaysia yang mempunyai pedang istiadat
(Rujukan: Abdul Rahim Ramli “Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor)
- Tahukah anda Sultan Ibrahim juga menubuhkan pasukan Johor Voluntera untuk pegawai Inggeris?
Pada tahun 1915 Sultan Ibrahim menjemput pegawai-pegawai Inggeris dan Europah di Johor berkhidmat dalam pasukan Volunteer Rifles untuk pertahanan awam. Pasukan ini mengambil peranan aktif tetapi dibubarkan apabila Peperangan Dunia Pertama tamat. Dalam tahun 1928 pasukan ini dihidupkan semula dan diberi nama Johor Volunteer Engineers tetapi dibubarkan dalam tahun 1942 apabila ATSNJ dibubarkan.
(Rujukan: Tunku Shahriman “The JMF the Oldest Army of Malaysia Regulars in the Peninsula”)
- Adakah anda tahu Negeri-negeri Melayu Bersekutu menubuhkan Pasukan Askar Voluntera hanya dalam tahun 1934?
Pasukan ini ditubuhkan untuk tugas pertahanan awam. Pada awal penubuhan nya dalam tahun 1934 Pasukan Askar Voluntera ini dianggotai orang Melayu. Pindaan dibuat dalam tahun 1940 dimana anggotanya dikhadkan kepada pegawai British dan Europah sahaja.
(Rujukan: Yahya Ahmad “JMF dan Colonel Commandant Sultan Ibrahim”)
- Adakah anda tahu ATSNJ pada satu masa mentadbir penjara Johor Bahru?
Pada tahun 1910 Sultan Ibrahim mengarahkan ATSNJ mengambil alih pentadbiran penjara di Johor Bahru berikutan lapuran salah tadbirurus penjara itu. Pehak British bertujuan melantik pegawai Inggeris mengetuai pejabat itu. Sultan Ibrahim berkehendakkan ATSN mengambil alih pentadbiran nya. ATSNJ menjalankan tugas pentadbiran penjara dengan baik dan tidak belaku apa-apa insiden melibatkan banduan. Sultan Ibrahim mengampunkan 115 banduan antara tahun 1910-1913. Apabila peraturan yang baru yang dicadang sendiri oleh Sultan Ibrahim dikuatkuasakan pada Oktober 2013 ATSNJ melepaskan tugas dan menyerahkan kuasa kepada Pejabat Penjara yang ditubuhkan.
(Rujukan: Nesamalar Nadarajah “Johor and the Origins of British Control”)
- Tahukah anda Sultan Ibrahim pernah berhasrat menubuhkan pasukan Tentera Udara Johor?
Pada tahun 1936 Sultan Ibrahim menyatakan hasrat menubuhkan sebuah pasukan Tentera Udara Diraja Johor dibawah pimpinan dan pengawasan British Royal Air Force sebagai tambahan kepada ATSNJ. Baginda dipetik bertitah pasukan tentera udara yang moden boleh menjadikan Johor pasukan yang kuat mempertahankan Tanah Melayu.
(Rujukan: The Straits Times 19 July 1936 “Johor to Have Its Own Air Force”)
- Adakah anda tahu ATSNJ dikehendakki berkhidmat di negeri-negeri lain?
Mengikut kehendak Peruntukan 4 Enakmen JMF 4 Disember 1915 ATSN bukan sahaja berkhidmat di negeri Johor tetapi bolih dikerah berkhidmat di Negeri-negeri Selat dan Negeri Melayu. Peruntukan ini telah dipinda dan dibatalkan pada tahun 1948.
(Rujukan: Yahya Ahmad “JMF dan Colonel Commandant Sultan Ibrahim”)
- Adakah anda tahu Johor bersetuju dengan cadangan menubuhkan pasukan simpanan tentera laut dan tentera udara?
Pada tahun 1937 Sultan Ibrahim dan kerajaan Johor bersetuju pada dasar menerima cadangan British menubuhkan pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja dan pasukan Simpanan Tentera Udara Diraja di Tanah Melayu termasuk Johor. Walaubagimanpun cadangan itu adalah untuk selama 5 tahun sahaja diatas perbelanjaan besar yang kena ditanggong oleh kerajan negeri. Cadangan tersebut terbatal dengan pindaan Enakment JMF pada tahun 1937 yang dengan sendirinya menyebabkan kerajaan Johor tidak lagi tertakluk kepada obligasi pertahanan negeri-negri Melayu lain.
(Rujukan: Yahya Ahmad “JMF dan Colonel Commandant Sultan Ibrahim”)
- Adakah anda tahu hasrat Sultan Ibrahim menjadikan Johor sebagai “Belgium of Malaya”?
Dari sejak penubuhan nya ATSNJ adalah lambang keperluan dan pertahanan Johor dari ancaman luar mahupun ancaman dalam. Tugas ini serta ketiadaan pengaruh British menarik penanaman modal asing sekali gus menjamin kemajuan ekonomi nya. Dalam tahun 1900 Sultan Ibrahim berhasrat menjadikan Johor “Belgium of Malaya” dalam ertikata negeri yang berdaulat dan merdeka dalam Tanah Melayu.
(Rujukan: Yahya Ahmad)
Disusun oleh,
Dato Abdul Rahim bin Ramli,
Yang Dipertua,
Jumaah Majlis Diraja johor.

