Dato’ Abdul Hamid bin Yusof
Dato’ Abdul Hamid bin Yusof memasuki ATSNJ sebagai prebet pada tahun 1892. Dengan kegigihan dan kecekapannya beliau dinaikkan pangkat kepada Lans Korporal dan kemudiannya Sarjan. Pada tahun 1897 beliau dinaikkan kepangkat Leftenan ketika bertugas di Muar Garrison. Pada tahun 1917 beliau dinaikkan kepangkat Mejar.
Beliau merupakan antara pegawai ATSNJ yang di beri penghargaan oleh British di atas peranan dan tugasnya dalam Peperangan Dunia Pertama. Pada January 1919 beliau dinaikkan kepangkat Leftenen Kolonel dan dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dalam tahun 1920. Sultan Sir Ibrahim melantik beliau sebagai Menteri Besar Johor yang kelima pada tahun 1931. Dato’ Abdul Hamid meninggal dunia pada 28 Disember 1934.
Rujukan:
- Shahrom Husain – Sejarah Johor, Kaitan nya Dengan Negeri Melayu, Penerbit Fajar Sakti Sdn. Bhd. 1995.
- Dato’ Hj Mohd Said- Hikayat Johor Yang Kedua Tawarikh YMM Sultan Ibrahim.


