Dato’ Abdullah bin Jaafar

Dato’ Abdullah bin Jaafar merupakan Menteri Besar Johor yang pertama menerima dan menjalani latihan tentera. Beliau memasukki ATSNJ dan dinaikkan ke pangkat Kapten pada tahun 1897 dan seterusnya dinaikkan kepangkat Mejar dan ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah ATSNJ di Muar.

Pada tahun 1903 beliau dilantik Pesuruhjaya Polis di Muar, dan tiga tahun kemudian dilantik oleh Sultan Abu Bakar sebagai Pesuruhjaya Negeri bagi Jajahan Muar. Dengan pengalaman dan prestasi yang cemerlang beliau dipilih dan dilantik Pemangku Menteri Besar pada tahun 1922, dan pada tahun 1926 disahkan dan dilantik Menteri Besar Johor yang ketiga sehingga persaraan nya pada tahun 1928.

Rujukan:

    • Shahrom Husain – Sejarah Johor, Kaitan nya Dengan Negeri Melayu, Penerbit Fajar Sakti Sdn. Bhd. 1995.
    • Dato’ Hj Mohd Said- Hikayat Johor Yang Kedua Tawarikh YMM Sultan Ibrahim.

Media sosial ATSNJ

ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR © HAK CIPTA TERPEPLIHARA 2024