Fungsi dan Tanggungjawab
FUNGSI
Fungsi ATSNJ terhad kepada hal istiadat diraja Johor. Tugas utama ATSNJ adalah untuk menjaga keselamatan dan keselesaan DYMM Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota Johor, Kerabat-kerabat Damping serta tetamu diraja.Tugas-tugas lain ATSNJ ialah mengawal kesemua empat istana Raja, memberi khidmat sokongan berkaitan pengurusan istana dan mengendalikan segala aktiviti yang dijalankan oleh pihak istana.
TANGGUNGJAWAB
Sebagai sebuah pasukan yang bertanggungjawab terhadap semua istiadat diraja ATSNJ terlibat dalam perbarisan kawalan kehormatan pada setiap istiadat sambutan ulangtahun hari keputeraan DYMM Tuanku, Istiadat Kemahkotaan, dan Istiadat Perasmian Persidangan Penggal Dewan Undangan Negeri Johor. ATSNJ menjadi pengawal penjaga dan pengusung jenazah diraja semasa Istiadat Pemakaman.
Rujukan:
- ATSNJ.

