Istiadat Kemahkotaan

NJC_3184

Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor Kelima dalam era Johor moden selamat dilaksanakan pada 23 Mac 2015. Istiadat ini merupakan kesinambungan tradisi diraja Johor yang bermula dengan kemahkotaan Sultan Abu Bakar pada 29 July 1886, di ikuti kemahkotaan Sultan Ibrahim pada tahun 1895 dan Sultan Ismail pada 10 February 1960. Sultan Abu Bakar menaikki takhta pada tahun 1862 dan dimahkotakan 24 tahun kemudian. Ini membawa erti istiadat kemahkotaan Sultan Johor adalah satu tradisi warisan dan bukan berdasarkan kehendak undang-undang. Walaubagimanapun kemahkotaan mengesahkan perlantikan dan memperkasakan kedaulatan Sultan. Fasal 4 Bahagian Kelima Lembaga Aturan Bagi Perintahan Majlis Raja, Majlis Istana dan Agama tahun 1922 memperuntukkan kemahkotaan boleh diadakan pada bila-bila masa mengikut budi bicara dan kehendak Sultan Johor selepas dimasyurkan sebagai Raja.

Istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim dilaksanakan secara eksklusif. Diantara yang hadir ialah KDYMM Sultan Brunei dan KDYMM Pengiran Isteri, KDYMM Sultan dan Sultanah Pahang, DYMM Sultan dan Sultanah Terengganu, YMM Pengerusi Jumaah Pemangku Raja Kedah, TYT Yang DiPertuan Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri Malaysia, Kerabat-Kerabat Damping dan pembesar-pembesar negeri. Istiadat Kemahkotaan itu menyaksikan adunan budaya Melayu dan istana, ritual agama Islam serta budaya Barat.

Seramai 105 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat ATSNJ serta 35 anggota Pancaragam menjalani latihan dan raptai dua minggu sebelum istiadat kemahkotaan

DYMM Tuanku menerima tabik hormat daripada kawalan kehormatan ATSNJ sebaik sahaja keberangkatan baginda di Istana Besar dan lagu bangsa Johor dimainkan.

Kemuncak Istiadat Kemahkotaan ialah apabila YB Dato’ Mufti Negeri Johor melafazkan mahkota di kepala DYMM Tuanku dan lagu bangsa Johor dimainkan oleh pancaragam ATSNJ.

Semasa DYMM Tuanku dan DYMM Permaisuri beragkat keluar daripada istana, baginda telah menerima tabik hormat daripada kawalan kehormat ATSN dan lagu bangsa Johor dimainkan. Dalam masa yang sama, DYMM Tuanku menerima lintas hormat daripada Helikopter Angkata Tentera Malaysia. Seterusnya, DYMM Tuanku dan DYMM Permaisuri menaiki kenderaan khas berarak mengiringi bandaraya JB seterusnya ke Istana Bukit Serene.

Pancaragam ATSNJ memainkan Lagu Bangsa Johor apabila Mufti Kerajaan selesai meletakkan mahkota kerajaan di atas kepala Tuanku diikuti dengan laungan “Daulat Tuanku” oleh rakyat.

Pancaragam ATSNJ memainkan Lagu Bangsa menandakan Tuanku berangkat meninggalkan majlis.

Pancaragam ATSNJ turut memainkan Lagu Bangsa ketika keberangkatan tiba dan balik DYMM Tuanku di majlis jamuan teh bersama rakyat yang diadakan di sepuloh daerah bersempena kemahkotaan Baginda.

Rujukan:

  1. Abdul Rahim Ramli “Adat Istiadat Kesultanan Johor Moden 1855-2012”.
  2. Dato’ Hj. Mohd Said ‘Tawarikh Johor Yang Kedua”.
  3. Jumaah Majlis Diraja “Aturcara Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor”.
  4. ATSNJ.

Galeri Gambar

Media sosial ATSNJ

ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR © HAK CIPTA TERPEPLIHARA 2024