Istiadat Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri

Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor diadakan pada setiap tahun. DYMM Tuanku berkenan istiadat itu diadakan di Bangunan Sultan Ibrahim walaupun mulai tahun 2007 Dewan Negeri bersidang di Bangunan Sultan Iskandar di Iskandar Puteri. DYMM Tuanku menganggap Bangunan Sultan Ibrahim dibina bagi menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri.

Seramai 105 pegawai dan anggota lain-lain pangkat serta 35 anggota Pancaragam ATSNJ mengambil bahagian dalam istiadat perbarisan kawalan kehormatan.

ATURCARA:

  • Keberangkatan tiba DYAM Tunku Mahkota disambut dengan tabik Hormat Mahkota.
  • Keberangkatan tiba DYMM Tuanku disambut dengan Hormat Diraja dan Lagu Bangsa Johor.
  • DYMM Tuanku berangkat memeriksa barisan kawalan kehormatan ATSN.
  • DYMM Tuanku menerima tabik Hormat Diraja dan Lagu Bangsa Johor dimainkan.

Selain itu seramai 10 anggota ATSNJ bertugas menjalankan kawalan di luar Dewan setiap hari Dewan Negeri bersidang.


Rujukan:

  1. ATSNJ.
  2. Jurutulis Dewan Negeri “Aturcara Istiadat Perasmian Penggal Dewan Negeri”.
persidangan-dewan-01

Media sosial ATSNJ

ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR © HAK CIPTA TERPEPLIHARA 2024