Istiadat Perkahwinan Diraja
Penglibatan ATSNJ dalam istiadat perkahwinan diraja tertumpu kepada memberi perkhidmatan sokongan kepada Jawatankuasa Induk mengurus istiadat itu. Tugas ATSNJ termasuk mengawal tempat istiadat diadakan, membantu ketibaan dif-dif kenamaan, dan mengawal pintu keluar masuk kawasan istana.
Pancaragam ATSNJ ditugaskan memainkan lagu-lagu semasa majlis jamuan.
Enam orang Pegawai ATSNJ mengambil bahagian dalam istiadat Arca Pedang dalam Istiadat Persandingan DYAM Tunku Mahkota Tunku Ismail pada 8 November 2014 di Istana Besar.
Rujukan:
- Jumaah Majlis Diraja “Buku Acara Istiadat Perkahwinan DiRaja”.
- ATSNJ.

