Istiadat Perlantikan Dan Pemasyuran Raja

Sultan Johor dilantik mengikut kehendak Undang-Undang Tubuh 1895. Apabila Raja mangkat Jumaah Pangkuan Negeri akan bersidang di Istana Besar semasa jenazah diraja disemayamkan di Bilik Singgahsana sebelum penghormatan terakhir. Tujuan persidangan adalah untuk mengesah dan melantik Waris iaitu Tunku Mahkota sebagai Sultan menggantikan Sultan yang mangkat. Setelah mencapai kata sepakat Yang Dipertua Jumaah mengadap menyampaikan keputusan.

Waris mengangkat sumpah Raja di Bilik Singgahsana dihadapan Jumaah Pangkuan Negeri dan Kerabat Damping. Mufti membaca doa.

Bakal Sultan berangkat ke Anjung Istana. Menteri Besar mengadap dan memasyurkan keputusan Jumaah diikuti dengan laungan “Daulat Tuanku” tiga kali.

Pasukan ATSNJ memberi Hormat Diraja dan Pancaragam memainkan Lagu Bangsa Johor. Mufti membaca doa. Bendera Peribadi Sultan dinaikkan sepenuhnya dan kemudian diturunkan separuh tiang sebagai tanda berkabung,

(Semasa Pemasyuran DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pasukan Gerup Gerak Khas dimana Almarhum menjadi Kolonel Kehormat ditugaskan untuk memberi Hormat DiRaja.)

Rujukan:

  • Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895
  • Abdul Rahim Ramli “Adat Istiadat Kesultanan Johor Moden 1855-2015”
  • Kerajaan Johor “Peraturan Istiadat Pemakaman Diraja”
Perakaman-diraja-300x205
pemakaman-300x228

Media sosial ATSNJ

ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR © HAK CIPTA TERPEPLIHARA 2024