Istiadat Tamat Latihan Rekrut
Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Rekrut akan diadakan apabila rekrut telah selamat menjalani latihan selama 6 bulan. Kebiasaannya, Istiadat Tamat Latihan Rekrut akan disempurnakan oleh DYMM Tuanku yang juga selaku Komandan Askar Timbalan Setia Negeri Johor. Istiadat ini dilakukan di padang kawad. Pasukan ini dengan aturcara pemeriksaan barisan oleh DYMM Tuanku dan perbarisan berjalan lalu dalam masa perlahan dan cepat. DYMM Tuanku akan menerima tabik hormat dan berkenan untuk mengurniakan hadiah kepada Rekrut Terbaik, Penembak Terbaik, Kawad Terbaik dan Akademik Terbaik. Istiadat ini berakhir dengan mengadap takzim DYMM Tuanku oleh rekrut dan kedua-dua ibu bapanya sebelum majlis santapan.
Rujukan:
- ATSNJ “Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Rekrut ATSN “19 July 2012.
- ATSNJ.



