Kapten Daud bin Hj. Sulaiman
Daud bin Sulaiman merupakan antara 60 orang anak Melayu yang memilih ATSNJ sebagai kerjaya hidupnya. Beliau memasukki ATSNJ sebagai prebet dan ditauliah sebagai Leftenan Muda dalam tahun 1890. Dengan kegigihan dan kewibawaan nya beliau dinaikkan kepangkat Kapten empat tahun kemudian.
Sultan Abu Bakar menaruh kepercayaan di atas kebolehan dan prestasi Kapten Daud dan melantik beliau sebagai pegawai pemerintah ATSNJ semasa baginda berangkat ke London dalam tahun 1895. Kapten Daud bin Sulaiman merupakan anak Melayu pertama diseluruh Semenanjung yang memegang kuasa memerintah pasukan askar.
Rujukan:
Yahya Ahmad “JMF dan Kolonel Komandant Sultan Ibrahim Satu Tinjauan Kemasyrakatan” Kajian Ilmiah Jabatan Sejarah Universiti Malaya 1974/75.
ATSNJ.

