Kejayaan ATSNJ
Dari semenjak penubuhannya ATSNJ telah mencapai beberapa kejayaan dalam banyak bidang yang telah memperkasakan pasukan ini. Pencapaian dan kejayaan tersebut adalah menjadi kebangaan warisan Johor.
- 1895 – Konsul Jeneral Amerika Syarikat ke Negeri-negeri Selat E. Spencer Pratt memberi kepujian keatas kebolehan dan kecekepan pasukan ATSNJ yang dikatakan standing dengan angkatan tentera Europah. (Rujukan: Tunku Shahriman “The Johor Military Forces The Oldest Army of Malaysia Regulars in the Peninsula”)
- 1906 – ATSNJ diberi penghormatan mengambil bahagian dalam perarakan bersama pasukan tentera British di Singapura dalam perayaan sambutan hari keputeraan King George VI. Pasukan ATSNJ diketuai oleh Almarhum Sultan Ibrahim yang menunggang kuda.
(Bahan rujukan: Dato’ Hj. Mohd. Said bin Sulaiman – Hikayat Johor Yang Kedua)
- 23 November 1912 – Sir Ian Hamilton Ketua Inspektor Angkatan Tentera British selepas menyaksikan pemeriksaan di Singapura memuji anggota ATSNJ di atas kecekapan dan kesegakan pasukan itu.
(Bahan rujukan: They Guard the Sultan, The Singapore Free Press 17 September 1955) - 11 Mei 1916 – Sultan Ibrahim mengurniakan panji-panji yang pertama kepada ATSNJ dalam satu istiadat di Bukit Timbalan, bersempena 30 tahun penubuhan ATSNJ. Dalam istiadat tersebut yang disaksikan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat Sultan Ibrahim menerima kurniaan darjah British Grand Cross of St. Michael and St. George (GCMG)
(Rujukan – Dato’ Hj. Mohd Said bin Sulaiman) - 6 Mac 1918 – Sultan Ibrahim menerima kurniaan Darjah Kebesaran British Honorary Knight Commander of the Most Excellent Order of the British Empire sebagai membalas kebaktian Baginda sebagai Kolonel Komandan ATSNJ semasa Peperangan Dunia Pertama.
(Rujukan – Dato’ Hj.Mohd Said) - 13 Mac 1918 – Disebutkan nama 3 pegawai ATSNJ kerana bakti yang diperhargakan semsa Peperangan Dunia Pertama:
- Kolonel Komandan Sultan Ibrahim
- Majer Dato’ Abdul Hamid bin Yusof
- Kapt. Dato’ Hj. Mohd Said bin Sulaiman
- Nama mereka di zahirkan dalam London Gazette Mac 1918, dan Warta Kerajaan Johor pada 24 Oktober 1918
(Rujukan – Dato’ Hj Mohd Said bin Sulaiman)
- 1924 – ATSNJ dilatih dan terkenal menembak sasaran. Satu pasukan ATSNJ menjadi juara dalam pertandingan menembak Piala Royal Johor Challenge Cup yang dihadiahkan bersempena sambutan ulangtahun hari keputeraan yang ke 50 Sultan Ibrahim. ATSNJ menjadi juara pertandingan ini 7 tahun berturut-turut selepas itu.
(Rujukan: “Pasukan ATSNJ” oleh Talib Al-Da’a 1952, tidak dicetak) - 1928 – Mejor Yahya bin Abu Talib dan Kapt. Mohamad bin Abdul Jabar dihantar menyertai dalam bahagian “All Comers Division” untuk the Junior Kolepone Cup di Bisley England. Mereka mendapat tempat kesembilan dan menerima hadiah the King’s Badges diatas kecekapan menembak sasaran.
(“They Guard the Sultan” – The Singapore Free Press 17 September 1955) - Anggota ATSNJ mengambil bahagian dalam beberapa pertandingan menembak di Singapura bersama pasukan tentera British dan lain-lain pasukan dari Tanah Melayu, antaranya:
- Whitsuntide Prize MeetingBisley Overseas Meeting
- Malay States Volunteer Regiment Rifle Association
- Malaya Command Rifle Meeting
- Straits Settlement Volunteer Rifle Corp Meeting
- Warren Shield Competition
(Rujukan: Yahya Ahmad – “Johor Military Forces dan Kolonel Komandan Sultan Ibrahim Satu Tinjauan Kemasyarakatan 1855-1942, thesis Universiti Malaya (tidak tercetak))
- 1936 – ATSNJ merupakan pasukan tentera pertama dalam Komenwel dibekalkan dengan uniform dan peralatan Braithwaite yang mengambil masa ujian rapi selama 10 tahun. Nama peralatan itu diambil dari nama Mejar Jeneral Sir Walter Braithwaite yang mengetuai satu pasukan menilai uniform baru. Peralatan ini belum di bekalkan kepada tentera British. Uniform khas dan moden ini mengurangkan keberatan peralatan yang dibawa dan memberi keselesaan kepada pengguna nya. (Rujukan: “ Soldiers Try Their New Uniforms” – The Straits Times 14 June 1936)
- 1936– ATSNJ dianggap pasukan infantri yang penuh kelengkapan di Timor Jauh, dengan satu pasukan mempunyai Vickers machine gun yang diletak di atas kenderaan “mono wheel” sesuai untuk kegunaan di kawasan hutan.
(Rujukan – “Johor Soldiers Best Equipped in the Empire”- The Straits Times 14 June 1936) - 1 February 1937 – ATSNJ mengambil bahagian bersama tentera British yang ditempatkan timur dari Laut Mediterranean dalam latihan pergerakan tentera di Singapura. ATSNJ menjalankan latihan serangan dengan penuh semangat setelah mendarat berdekatan penempatan meriam di Changi.
(Rujukan: The Singapore Straits Times 1937) - 23 June 1937 – DYMM Pemangku Raja Tunku Ismail menyampaikan medal gangsa yang dimenangi oleh pasukan ATSNJ dalam pertandingan menembak .303 di Bisley Overseas Postal Match tahun 1936. Pasukan ATSNJ menduduki tempat ketiga setelah bertanding dengan pasukan dari seluruh dunia. (Rujukan – “Johor Soldiers Receive Bisley Medals” – The Singapore Free Press and Mercantile Advertiser 24 June 1937)
- 3 August 1940 – Pegawai-pegawai ATSNJ Raja Ahmad bin Raja Ali, Tengku Abdul Jalil bin Mohd Nor, Yahya bin Yusof dan Ibrahim bin Ahmad merupakan kumpulan pegawai pertama di hantar untuk latihan tentera di Indian Military Akademi Dehra Dun. Mereka kembali ke Johor apabila tentera Jepun melanda Malaya. (Rujukan – Tunku Shahriman)
- 1941– Pegawai Kadet Ibrahim Ismail, Ungku Ahmad bin Abdul Rahman dan Hussein Onn dihantar berlatih di Indian Military Akademi Dehra Dun. Latihan mereka dipendekkan atas sebab serangan Jepun di Malaya dan mereka ditempatkan dalam Tentera India. (Rujukan Dato’ Hj. Mohd Said)
- 1946 – Kapten Abdul Jabar bin Jaafar, Kompeni Sargen-Mejar Othman bin Daud, Koporal Ali bin Awang, Las Korporal Ahmad bin Abdullah dan Prebet Othman bin Ibrahim dihantar menyertai Pasukan Malaya dalam Victory Parade di London menandakan kemenangan Peperangan Dunia Kedua.
(Rujukan: Dato’ Mohd. Said) - 1983 – DYAM Tunku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Pegawai Pemerintah ATSNJ menubuhkan satu pasukan luncur layar yang seterusnya mengambil bahagian dalam pertandingan di Desaru dan Melaka.
(Rujukan: Ibu Pejabat ATSNJ) - 1983 – DYAM Tunku Mahkota Tunku Ibrahim Ismail Pegawai Pemerintah menubuhkan unit motorsikal pengiring Raja. Unit ini dilengkapkan dengan 15 buah motorsikal jenis Honda CB750 dan dianggotai 13 anggota diketuai seorang pegawai iaitu Leftenan Azman James Moore Abdul Wahid.
(Rujukan: Ibu Pejabat ATSNJ) - 19 Oktober 1983 – Pasukan penembak jatuh piring JMF terdiri daripada PWII Dris Bin Jek, Koperal Abd Fatah Bin A. Samad,Koperal Satimen Bin Selamat dan Koperal Anuar Bin Mahadi telah menjadi juara pertandingan menembak jatuh piring jemputan ATM yang mengalahkan Askar Melayu Brunei. Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan tersebut terdiri daripada Tentera New Zealand, Tentera Darat Australia, Bat 69 PDRM dan Tentera Singapura.
- 20 Ogos 1986 – Istiadat Pertukaran Panji-Panji dilaksanakan oleh DYMM Sultan Iskandar di Padang Istana Besar, sempena 100 tahun penubuhan ATSNJ. (Rujukan: Buku Kenangan 100 Tahun ATSN 1886-1986)
- 8 April 2008 – DYAM Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim dipilih dan dilantik Ketua Perbarisan Kawalan Kehormatan dalam istiadat sambutan ulangtahun hari keputeraan DYMM Sultan Iskandar di Istana Besar. (Rujukan: Abdul Rahim Ramli “Sejarah Adat Istiadat Diraja Johor”
- 7 Julai 2008 – DYAM Raja Muda Tunku Ismail Ibrahim menubuhkan satu pasukan Unit Khas (Elite) di dalam pasukan ATSNJ. Ketika itu baginda telah memegang jawatan sebagai Pegawai Turus 2 Operasi dan Latihan. Seramai 21 orang termasuk DYAM Raja Muda Johor sendiri mengikuti kursus kepakaran gerak khas di Mersing selama 3 bulan. (Rujukan: Ibu Pejabat ATSNJ)
- 22 November 2010 – YAM Lt Muda Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim telah dipilih untuk membawa panji-panji di Perbarisan Kawalan Kehormat dalam Istiadat Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Ibrahim di Istana Besar. (Rujukan: Ibu Pejabat ATSNJ)
- 17 November 2011 – DYMM Majer Jeneral Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Komandan berkenan berangkat ke Istiadat Pecah Tanah bagi pembinaan Ibu Pejabat baru ATSNJ dikawasan 50 hektar tanah di Jalan Datin Halimah Johor Bahru. Hadir sama adalah Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pegawai Pemerintah. (Rujukan: Ibu Pejabat ATSNJ)
- 22 November 2012 – YAM Kepten Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim dilantik Ketua Perbarisan Kawalan kehormatan ATSN dalam istiadat sambutan ulangtahun hari keputeraan DYMM Sultan Ibrahim di Muar. (Rujukan: Abdul Rahim Ramli “Adat Istiadat Diraja Johor Moden 1855-2012”)
- 11 Disember 2015 – Pelancaran Laman Sesawang Sempena Ulang Tahun 130 ATSNJ.
- 8 April 2016 – DYMM Mejar Jeneral Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan merasmikan Kem Sultan Ibrahim di Tasek Utara, Johor Bahru yang dinamakan Kem Sultan Ibrahim. (Rujukan: Ibut Pejabat ATSNJ)
- 11 Mei 2016 – DYMM Mejar Jeneral Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat ke Istiadat Pertukaran Panji-panji askar TSN Johor di Dataran Istana Besar. (Rujukan: Ibut Pejabat ATSNJ)
Disusun oleh:
Dato’ Abdul Rahim bin Ramli
Yang Dipertua Jumaah
Majlis DiRaja Johor

