Lagu TSNJ

  • Pencipta Lagu : Pegawai Waran II Mohamad bin Jonet

  • Pencipta Lirik : Sarjan Hussin bin Abd Majid

Rujukan:

BUKU KENANGAN 100 TAHUN 1886 – 1986 ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR.

LIRIK LAGU

Timbalan Setia Negeri Johor

Timbalan Setia Negeri Johor
Cekap sedia khidmat luhur
Junjung titah limpah daulat
Terbilang mashur megah sejagat.

Semangat marak berkobar
Langkah wira pantang dicabar
Cekal berani teruji gagah
Membujur lalu melintang patah.

Lambang kedaulatan
Melindungi Raja dan watan
Mulia darjat Sultan
Johor aman Allah peliharakan.

Berdisiplin cogan kita
Hemat mulia semangat waja
Sopan santun berbahasa
Seruan Allah amalan kita.

Tegakkan keagungan
Perkasa pemerintahan
Negeri Johor jajahan dan takluk
Megah tiada tolok.

Bersatu dan bersetia
Taruhan jiwa dan raga
Itulah sumpah ikrar kita
Perwira Timbalan Setia.

Taat setia berkekalan
Sedia khidmat berpanjangan
Junjung duli Raja budiman
Limpah kurnia Allah rahmatkan.

Media sosial ATSNJ

ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR © HAK CIPTA TERPEPLIHARA 2024