Lambang ATSNJ

LAMBANG ATSNJ

Lambang ATSNJ berbentuk bujur berwarna kuning menandakan warna diraja, dengan sebuah perisai dibahagian tengah dikeliling bulatan dan sebuah pendua mahkota di atasnya. Terdapat perkataan “Timbalan Setia Negeri” dalam aksara Jawi di bahagian atas bulatan, manakala di bawahnya dihiasi dengan awan larat gambir dan lada hitam. Lambang sebilah keris disebelah kanan bersilang dengan sebilah pedang menghiasi perisai memberi makna Sultan Abu Bakar, yang dilambangkan oleh mahkota, mentadbirkan Negeri Johor berdasarkan prinsip-prinsip ketimuran (keris) dan barat (pedang)

Mahkota

Melambangkan Sultan sebagai penaung kepada ATSNJ

Timbalan Setia Negeri (Jawi)

Membawa maksud pasukan ATSNJ

Keris & Pedang

Keris melambangkan timur manakala pedang pula melambangkan barat. Persilangan ini membawa maksud kekuatan dari timur hingga barat

Perisai

Simbol mempertahankan dan melindungi Negeri Johor dari ancaman negara luar

Gambir & Lada Hitam

Melambangkan Sultan sebagai penaung kepada ATSNJ sumber ekonomi utama Negeri Johor

Rujukan:

  1. Dato’ Abdul Rahim Ramli – Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor.

  2. ATSNJ

Media sosial ATSNJ

ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR © HAK CIPTA TERPEPLIHARA 2024