Leftenan (B) Long Zainal Abidin Mohamad
Leftenan (B) Long Zainal Abidin Bin Mohamad lahir pada 24hb. Februari 1913 dan berpendidikan Melayu, Inggeris dan juga lulus di Govt. Trade School, Johor Bahru 1935.
Pada bulan Mac 1936, beliau menerima titah dari Almarhum Sultan Ibrahim supaya memasuki Pasukan ATSNJ dan seterusnya diterima sebagai Pegawai Kadet. Sepanjang khidmatnya sehingga peperangan Jepun, beliau turut menyertai pelbagai aktiviti ATSNJ dan sewaktu Jepun hampir menyerang Tanah Melayu, beliau turut sama membantu Tentera Inggeris bagi mengatur kawalan dan membina kubu-kubu di lapangan terbang kecil di Kluang, Jamaluang dan Tanjung Labuh di Batu Pahat. Beliau juga turut sama dalam perbarisan-perbarisan yang besar di Singapura. Dan beliau merupakan seorang pegawai yang sentiasa terpilih membawa Bendera Negeri Johor dalam perbarisan-perbarisan (Colour Officer). Pada tahun 1958, beliau dinaikkan pangkat sebagai Leftenan sehinggalah bersara pada tahun 1968.
Rujukan:
-
-
Arkib Negara Malaysia Cawangan Johor, BUKU PAMERAN SEJARAH SEMPENA PERAYAAN SERATUS TAHUN ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR 1886 – 1986 DI DEWAN JUBLI INTAN JOHOR BAHRU, 19 hb. & 22 hb. OGOS 1986.
-
Ibu Pejabat ATSNJ.
-

