Program Kemasyarakatan
Selain tugas-tugas hakiki yang dilaksanakan oleh Pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor, pasukan ini juga sering terlibat dengan tugas-tugas kemasyarakatan termasuklah membantu masyarakat sekeliling bagi membantu segala program yang diatur dapat dilaksanakan dengan baik.
Program-program yang disertai oleh pasukan ini adalah seperti berikut:-
- Bergotong-royong bersama-sama penduduk di kawasan Taman Cempaka dan Majlis Bandaraya Johor Bahru membersihkan kawasan sekitar bagi mencegah penyakit Demam Denggi.
- Kerja-kerja membersih serta mencuci masjid di Parit Jalil, Parit Sulong, Batu Pahat bersama-sama sukarelawan Jabatan Agama Islam Negeri Johor sempena banjir besar yang melanda Negeri Johor pada tahun 2010.
- Membantu menguruskan jenazah orang-orang kenamaan Negeri Johor bermula dengan bertahlil dan membaca Surah Yasin sehingga dikebumikan.
- Mengajar pegawai-pegawai dan anggota Persatuan Bulan Sabit Negeri Johor cara-cara berkawad dengan betul.
- Mengajar murid-murid sekolah rendah dan menengah di dalam Johor Bahru cara-cara berkawad dan mendidik supaya murid-murid sentiasa berdisiplin dan berkerjasama dalam kumpulan.
- Anggota pasukan ini juga dilantik sebagai pemeriksa kepada anggota-anggota penguatkuasa kerajaan tempatan bagi tujuan pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat.
- Anggota pasukan ini juga sebagai jurulatih kawad kaki kepada kursus bina semangat dan induksi anjuran SUK Johor.
- Menghantar bantuan beras ke tempat penempatan mangsa banjir.
- Menziarahi anggota atau keluarga anggota yang sedang sakit atau menziarahi dan memberi bantuan daripada badan kebajikan khairat kepada anggota atau keluarga anggota yang meninggal dunia.
Rujukan:
- ATSNJ.







