Program Sukan

Bola Sepak

Sukan bola sepak adalah merupakan sukan yang amat digemari dan paling banyak menjuarai pertandingan. Pasukan Bola Sepak Askar Timbalan Setia Negeri Johor telah ditubuhkan pada tahun 1922. Pada masa itu telah diadakan liga bola sepak bagi merebut Piala TOH AH BOON. Liga ini telah disertai oleh ATSNJ (JMF), PWD, Penjara, Polis, Kg Ulu Ayer Molek dan lain-lain. Pasukan ATSNJ telah memenangi beberapa kejuaraan.

Pada masa ini, Pasukan Bola Sepak JMF FC telah memenangi 3 kali kejuaraan Liga Piala Menteri Besar Johor (2012-2014) dan memenangi 3 kali kejuaraan liga JBFA (2013-2015). Pada tahun 2014, Pasukan JMF FC telah memasuki liga ketiga terbesar di Malaysia iaitu Liga FAM.

tsn-sukan-01
tsn-sukan-02
Bola Tampar

Pasukan bola tampar Askar Timbalan Setia Negeri Johor tidak kurang handalnya. Pasukan ini juga terlibat di dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Kakitangan Kerajaan dan pernah menjuarai pertandingan tersebut.

Sepak Takraw

Pasukan sepak takraw Askar Timbalan Setia Negeri Johor juga merupakan pasukan sepak takraw yang terkuat. Pemain-pemain sukan ini juga pernah menjuarai beberapa pertandingan. Pemain-pemainnya pernah mewakili pasukan kebangsaan. Pada masa ini, sukan ini masih aktif lagi dimainkan dan baru-baru ini telah diadakan pertandingan sepak takraw peringkat platun dan platun Ibu Pejabat telah menjuarai pertandingan ini.

tsn-sukan-03

Galeri

Media sosial ATSNJ

ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR © HAK CIPTA TERPEPLIHARA 2024