Skim Perjawatan TSNJ
Selepas penubuhan ATSNJ Sultan Abu Bakar bertitah direka bendera bagi ATSNJ sebagai tanda pengenalan, ketuanan serta memperkasa martabatnya.
MAKLUMAT BERKENAAN SKIM PERJAWATAN TSNJ
Mereka yang berminat perlu ke Bangunan Ibupejabat Askar Timbalan Setia Negeri Johor untuk membuat permohonan.
Secara umumnya, setiap pemohon perlu mengisi “Borang Permohonan Untuk Jawatan Askar Timbalan Setia Negeri Johor”. Berdasarkan kepada borang permohonan tersebut, pihak TSNJ akan menyemak butiran secara terperinci bagi memilih calon-calon yang layak. Calon-calon yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh TSNJ akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon temuduga ini akan diminta untuk membuat “Ujian Bertulis” dan mengisi “Borang Pemeriksaan Kesihatan”.
GAJI DAN ELAUN
Jadual Gaji Minimum dan Maksimum Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
[Sumber: Ibu Pejabat TSNJ]

KEISTIMEWAAN LAIN
- Pakaian seragam percuma.
- Tempat tinggal percuma.
- Rawatan perubatan dan pergigian percuma.
- Kemudahan pinjaman kerajaan membeli rumah, motosikal, kereta dan komputer.
- Elaun-elaun kemahiran seperti elaun pancaragam, payung terjun, pemandu, amra dan lain-lain.
Rujukan:
- ATSN.

