
DULI YANG AMAT MULIA TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM
D.K, S.P.M.J, S.S.I.J, S.M.I.J, P.I.S., P.S.I.
TUNKU MAHKOTA JOHOR
Assalamu’alaikum Warah Matulllahi Wabarakatuh
Alhamdullillah saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala dan mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Johor dan Setiausaha Bahagian, Bahagian Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor di atas kejayaan membangunkan sebuah Portal Askar Timbalan Setia Negeri Johor.
Portal ini merupakan hasrat saya menambah ilmu pengetahuan kepada Bangsa Johor dan lain-lain untuk mengetahui sejarah kegemilangan dan peranan ikon Johor iaitu Askar Timbalan Setia Negeri daripada mula penubuhannya dengan anggota seramai 60 orang hingga kini diangggap angkatan bersenjata yang moden, berintegriti, elitis dan berteknologi tinggi sesuai dengan zaman serba cangih.
Portal ini memberikan gambaran yang tulus akan peranan dan tanggungjawab ATSNJ bukan sahaja melaksanakan tugasan perlindungan keselamatan kepada Kesultanan Johor serta mengambil bahagian dalam istiadat diraja bahkan terbukti membina semangat kesetiaan, jatidiri, ketahanan dan kewibawaan sebagai pemimpin. Sebagai contoh tidak kurang empat orang Menteri Besar Johor dan seorang Perdana Menteri Malaysia memulakan perkhidmatan dan latihan mereka dalam ATSNJ.
Saya berharap dengan pengenalan lebih dekat ini akan menambah dan mengeratkan silatulrahim dan kemesraan antara rakyat dengan Askar Timbalan Setia Negeri. Saya juga menaruh harapan Portal ini akan dapat membuka hati dan kecenderungan anak-anak muda untuk menyertai Askar Timbalan Setia bersama menyumbang taat setia mempertahankan kedaulatan raja dan negeri kita.
WABILLAHI TAUFIK WALHIDAYAH
WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH
DYAM MEJAR JENERAL TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM
PEGAWAI PEMERINTAH

