Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid
Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid dihantar belajar oleh Sultan Ibrahim ke England. Sekembalinya ke Johor beliau berkhidmat dengan kerajaan negeri dan pada 1919 ditukarkan ke ATSNJ sebagai Pegawai Kadet dan dinaikkan kepangkat Leftenant Muda dan dilantik sebagai Pengiring Sultan. Pada tahun 1923 beliau dinaikkan ke pangkat Mejar dan dilantik pegawai Pemerintah Pasukan Volunteer Johor (JVF) di Johor Bahru. Beliau dilantik beberapa kali sebagai Pemangku Menteri Besar dan pada April 1935 Ungku Abdul Aziz disahkan dan dilantik sebagai Menteri Besar Johor yang ke enam.
Rujukan:
- Shahrom Husain – Sejarah Johor, Kaitan nya Dengan Negeri Melayu, Penerbit Fajar Sakti Sdn. Bhd. 1995
- Dato’ Hj.Mohd. Said – Hikayat Johor Yang Kedua Tawarikh YMM Sultan Ibrahim
- Buku Kenangan 100 Tahun ATSN 1886-1986, Johor Government Printer 1986
- Ibu Pejabat TSNJ


