Unit Kawalan

Fungsi dan tugas pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor semasa penubuhannya dan sehingga Peperangan Dunia Kedua adalah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan Negeri Johor. Selepas Peperangan Dunia Kedua tamat, kekuatan pasukan ini telah dikecilkan dan ianya berfungsi sebagai Pasukan Istiadat Negeri Johor.

Pada masa ini, tugas utama adalah untuk menjaga keselamatan di tempat-tempat persemayaman DYMM Tuanku Sultan Johor dan Kerabat-kerabat Diraja terdekat. Sebanyak 13 tempat kawalan telah dijaga termasuk di istana-istana dan di pintu-pintu masuk ke istana. Pasukan ini juga membuat kawalan semasa istiadat-istiadat di istana dan di pintu-pintu masuk seperti istiadat pertukaran kawalan dan pengawal, istiadat memberi kawalan keluar kepada mereka yang berhak menerima dan segala istiadat yang perlu dilakukan oleh seorang pengawal istana.

Media sosial ATSNJ

ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR © HAK CIPTA TERPEPLIHARA 2024