Unit Khas (Elite) TSNJ
Pengenalan
Unit Khas (Elite) telah ditubuhkan pada 7 Julai 2008 di bawah pimpinan DYAM Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim. Ketika itu Baginda telah memegang jawatan sebagai Pegawai Turus 2 Operasi dan Latihan, dan menyandang gelaran DYAM Raja Muda Johor. DYAM Tunku berhasrat untuk menubuhkan satu unit khas sendiri di dalam pasukan Askar Timbalan Setia Negeri Johor yang mempunyai kemahiran dan kepakaran bertempur dan terlatih khusus untuk melindungi keluarga Diraja Johor di masa aman dan darurat. Seramai 21 anggota Unit Khas (Elite) TSNJ termasuk DYAM Raja Muda Johor mengikuti kursus kepakaran gerakhas di Kem Iskandar, Mersing selama 3 bulan.
Objektif
- Memilih anggota yang terbaik bagi menyertai Unit Khas (Elite) TSNJ.
- Melahirkan anggota yang mantap dan berwibawa dalam menjalankan tugas-tugas Unit Khas (Elite) TSNJ.
- Membentuk disiplin dan jati diri di dalam dan luar tugas.
- Mewujudkan semangat persaudaraan dan setia kawan di kalangan anggota Unit Khas (Elite) TSNJ.
- Membentuk generasi baru yang berkualiti, berdisiplin dan berfikiran rasional.
- Mewujudkan semangat setia kepada Raja dan Negeri Johor yang tidak berbelah bahagi.

Matlamat
- Menjadi satu pasukan elit yang disegani kawan dan lawan.
- Berupaya menjalankan misi dan operasi dengan baik.
- Melahirkan anggota yang berdisiplin cergas dan pantas.
- Menjadi pasukan perintis ke arah pemodenan Unit Khas (Elite) TSNJ.

Kursus Kepakaran Gerakhas
- Menjadi satu pasukan elit yang disegani kawan dan lawan.
- Berupaya menjalankan misi dan operasi dengan baik.
- Melahirkan anggota yang berdisiplin cergas dan pantas.
- Menjadi pasukan perintis ke arah pemodenan Unit Khas (Elite) TSNJ.
Tugas-tugas Anggota Unit Khas (ELITE) TSNJ
- Menjaga keselamatan dan melindungi Kerabat Diraja Johor dari sebarang ancaman, khusus kepada DYMM Sultan Johor, DYMM Sultanah Johor, DYAM Tunku Mahkota Johor, Kerabat Diraja Johor yang menerima gelaran, dan Orang-orang yang ditentukan melalui titah dan perintah.
- Menjalankan tugas sebagai pengiring orang kenamaan.
- Menjalankan tugas-tugas keselamatan untuk acara rasmi kerajaan yang melibatkan keberangkatan Kerabat Diraja Johor.
- Menjalankan tugas-tugas rahsia pasukan.
- Sentiasa bersiap sedia diaturgerakan sebilang masa.
- Menjalankan tugas sebagai Provost pasukan.
- Menjadi mata dan telinga pasukan.





