Unit Pentadbiran
Unit Pentadbiran
PERKHIDMATAN TADBIR
Tugas unit pentadbiran terdiri daripada penjawat awam negeri Johor dan anggota ATSNJ yang tertumpu kepada kerja-kerja pejabat sebagaimana berikut:
-
Membuat kerja-kerja perkhidmatan pegawai dan anggota dari mula masuk kerja sehingga bersara daripada perkhidmatan. Tugas-tugas seperti urusan kenaikan gaji, cuti, cuti sakit, kursus dan lain-lain.
- Membuat segala tuntutan pindah, perjalanan dan lain-lain.
- Membuat peruntukan kewangan bagi bayaran membeli peralatan dan bayaran penyelenggaraan.
- Menyediakan pegawai dan anggota bagi tugas mengawal di istana-istana kepunyaan DYMM Sultan Johor.
- Membuat perintah dan peraturan semua tugas yang dilakukan oleh pasukan ini.
- Menyediakan bajet dan segala keperluan bagi tujuan latihan dan kursus
Unit Logistik
-
Kerja-kerja menyelenggara logistik seperti bangunan dan barek, kenderaan dan alatan pejabat, senjata dan peluru, peralatan uniform, peralatan pancaragam dan lain-lain.
-
Memastikan segala aset termasuk bangunan dan kenderaan diperiksa dari semasa ke semasa.
Unit Operasi dan Latihan
-
Menyelia dan memantau segala operasi yang dilakukan oleh pasukan ini sama ada di dalam negeri atau di luar Johor.
-
Meyediakan senarai latihan, kursus dan anggota yang akan berkursus sama ada di Pusat Latihan ATSNJ, Kursus-kursus anjuran kerajaan dan Kursus-kursus di Pusat Latihan Angkatan Tentera Malaysia.
Anggota-anggota yang bertugas di unit pentadbiran selain terlatih membuat kerja-kerja pejabat, mereka juga dilatih bagi menjalani segala operasi dan mengikuti segala latihan-latihan yang diarahkan.





